Program Sukarelawan Tigers

Pencarian sukarelawan bagi Misi Bantuan Bakul Makanan Pakej Permai dan YJDT Save Earth and Clean Campaign diperlukan segera!

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor (JKMNJ) telah memilih Yayasan JDT sebagai rakan strategik untuk melaksanakan program agihan bantuan bakul makanan kepada setiap isi rumah yang layak di seluruh negeri Johor.

Yayasan JDT juga akan menganjurkan satu lagi program CSR iaitu YJDT Save Earth and Clean Campaign dimana aktiviti pembersihan pantai dan lukisan mural di sekitar Pulau Tinggi akan dilaksanakan bagi meningkatkan kesedaran orang awam mengenai kebersihan alam sekitar.

Sehubungan itu, kami mencari sukarelawan yang berminat. Pencarian ini adalah terbuka kepada orang awam yang sihat tubuh badan. Untuk makluman, makanan dan cenderahati turut akan disediakan kepada para sukarelawan.

Yayasan JDT juga memohon para penyumbang Yayasan JDT untuk turut sama menyebarkan dan mewar-warkan hal ini kepada kenalan dan rakan-rakan untuk sama-sama menyertai bantuan ini.

Bagi sesiapa yang berkelapangan dan sukarela ingin sama-sama berganding bahu boleh hubungi kami di talian 07-338 3747 atau WhatsApp maklumat anda di talian 011-70717043

Kelebihan Menjadi Sukarelawan

  1. Mendapat sijil penyertaan/e-cert
  2. Turut serta aktiviti kebajikan Yayasan JDT
  3. Menyertai 10 program sukarelawan dapat 1 kad penyumbang Yayasan JDT
  4. Pengalaman menyertai pelbagai program Yayasan JDT
  5. Mendapat latihan kemahiran sebagai Sukarelawan YJDT